Pusat Penyelidikan Polimer terus mengorak langkah menyahut seruan VC untuk menjalinkan hubungan serta kerjasama penyelidikan dengan universiti-universiti terkemuka di dunia. Lawatan penyelidikan ke universiti-universiti di New Zealand disertai oleh Prof. Dr. Ibrahim Abdullah, Prof. Madya Dr. Rusli Daik dan Dr. Azizan Ahmad.
Foto ini menunjukkan kami melawat Polymer Electronic Research Center (PERC) University of Auckland pada 2 November 2008. Kami dibawa melawat ke makmal-makmal dan juga ada perbincangan yang agak panjang lebar dengan Assc. Prof. Dr. Christian Soeller.
No comments:
Post a Comment