Pihak kami dibawa melawat ke ladang kenaf yang terletak disebelah kilang pemperosesan kenaf fiber. Pihak berkenaan memaklumkan bahawa penanaman kenaf dapat menggantikan penanaman tembakau yang telah diusahakan oleh penduduk tempatan sekian lama. Penanaman kenaf adalah cukup mudah dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Walaubagaimanapun ia memerlukan tanah dengan spesifikasi yang tertentu agar penghasilan kenaf sepanjang tahun.
Hasil lawatan penyelidikan ini, Pusat Penyelidikan Polimer UKM berjaya menjalinkan hubungan kerjasama penyelidikan dengan Syarikat Simphony Advanced bagi menghasilkan komposit polimer bagi kegunaan dalam industri pembuatan dan sebagainya.
Foto menunjukkan Prof. Dr. Ibrahim Abdullah menyampaikan cenderamata kepada Pengerusi Eksekutif Syarikat Symphony Advance Sdn. Bhd. Dr. Herman. Foto ketiga dan keempat menunjukkan PM Dr. Ishak dan Prof. Dr. Ibrahim berada di tapak penanaman kenaf.
No comments:
Post a Comment