Montaj ini merupakan sekilas pandang latarbelakang Dr. Azizan Ahmad dan pencapaiannya dalam bidang akademik serta kegiatan sosial.
Wednesday, May 27, 2009
Monday, May 25, 2009
New Model Solid Polymer Electrolyte Discovery
The Simulated Annealing Method of Ab Initio Structure Determination from Powder Diffraction Data. We developed a method capable of solving ab initio complex crystal structures which contain individual atoms and/or highly flexible molecular fragments. The method employs a global optimisation technique and a versatile description of flexible molecular moieties in terms of stereochemical descriptors (bond lengths, bond angles and torsion angles) The power of the method was first demonstrated by solving the previously unknown crystal structure of (CH2CH2O)3:LiN(SO2CF3)2 (Andreev YG, Lightfoot P, Bruce PG. "Structure of the polymer electrolyte poly(ethylene oxide)3: LiN(SO2CF3)2 determined by powder diffraction using a powerful Monte Carlo approach" Chem. Comm.(18): 2169-2170 SEP 21 1996):
Overlap of powder diffraction peaks coupled with the complexity of the structures sometimes precludes unambiguous structure determination from powder diffraction data alone, even by such a powerful method as simulated annealing. However, some of the polymer electrolyte structures can be successfully solved using our approach of combining the results of structure determination obtained by single crystal diffraction (from a complex prepared with a low-molecular-weight polymer), with the structure refinement by the Rietveld method of the powder diffraction data (from a complex prepared with a high-molecular-weight polymer). For the first time this method was successfully applied to (CH2CH2O)8:NaBPh4 (Staunton E, Christie AM, Andreev YG, Slawin AMZ, Bruce PG "The structure of poly(ethylene oxide)8 : NaBPh4 from a single crystal oligomer and polycrystalline polymer" Chem. Comm.(2): 148-149 2004):
Melawat Massey University New Zealand
Dr. M Bill William meyambut kami dengan penuh ceria sekali pada 5 Disember 2008. Beliau memberikan taklimat bagi pihak Massey University yang terletak di Palmerston North New Zealand. Seterusnya kami dibawa melawat makmal-makmal penyelidikan khususnya NMR, Solar Cell Energy Research, Inorganic Polymer.
Sekadar catatan.....seharusnya kita sebagai penyelidik haruslah komited seterusnya membina jaringan penyelidikan agar dapat memacu penyelidikan di UKM setanding dengan penyelidikan yang sedang berjalan di luar negara.
The MacDiarmid Institute Victoria University of Wellington (Kelburn Campus)
-Kami membuat lawatan ke Institut MacDiarmid terletak di Wellington New Zealand pada 4 Disember 2008. Assc. Prof. Kate McGrath menyampaikan taklimat kepada kami mengenai sejarah penubuhan Institut tersebut seterusnya perkembangan penyelidikan di sini. Sungguh mengkagumkan kerana penyelidikan disini bertaraf antarabangsa. Institut ini menggabungkan kepakaran dalam pelbagai bidang sains dari seluruh New Zealand. Pihak institut tersebut mendapat geran penyelidikan dari kerajaan New Zealand.
Lawatan Penyelidikan ke New Zealand 29 Nov - 7 Disember 2008
Pusat Penyelidikan Polimer terus mengorak langkah menyahut seruan VC untuk menjalinkan hubungan serta kerjasama penyelidikan dengan universiti-universiti terkemuka di dunia. Lawatan penyelidikan ke universiti-universiti di New Zealand disertai oleh Prof. Dr. Ibrahim Abdullah, Prof. Madya Dr. Rusli Daik dan Dr. Azizan Ahmad.
Foto ini menunjukkan kami melawat Polymer Electronic Research Center (PERC) University of Auckland pada 2 November 2008. Kami dibawa melawat ke makmal-makmal dan juga ada perbincangan yang agak panjang lebar dengan Assc. Prof. Dr. Christian Soeller.
Berita Mengenai Potensi Kenaf di Kelantan 3 Oktober 2008
KOTA BAHARU, 3 Okt (Bernama) — Kenaf akan menjadi tanaman alternatif menggantikan tembakau memandangkan lebih 5,000 penanam tembakau di negara ini dijangka terjejas teruk apabila Kawalan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) dikuatkuasa menjelang 2010.
Di bawah AFTA, akan berlaku penurunan harga dan pengurangan duti import tembakau.
Kenaf ialah sejenis pokok tropika yang menghasilkan fiber menyerupai jut dan kebiasaannya digunakan untuk menghasilkan tali dan tekstil.
Kenaf boleh dituai hasilnya selepas 120 hari dan kitaran penanamannya ialah tiga kali setahun.
ALTERNATIF TEMBAKAU
Pengerusi Lembaga Tembakau Negara, Datuk Mohd Zain Ismail berkata, petani yang mempelopori projek tanaman kenaf di Kelantan membuktikan bahawa tanaman tersebut efektif untuk menggantikan tembakau yang kurang kompetitif dalam industri perladangan.
Beliau berkata, Malaysia akan mengeksport 50,000 tan metrik kenaf setahun dengan nilai RM15 bilion mulai tahun depan.
Ini akan menjadikan kenaf sebagai komoditi utama negara menjelang 2010, katanya dan menambah bahawa Korea akan menjadi negara pengimport pertama dari Malaysia yang berjumlah 50,000 tan metrik setahun.
FIBER
Beliau berkata, peringkat pertama penanaman, sebanyak 1,000 hektar kenaf akan dilaksanakan termasuk 700 hektar di Kelantan.
Sementara itu, Ketua Unit Kenaf Lembaga Tembakau Negara (LTN) Kelantan, Aizwan Azmi berkata, dengan harga kenaf semasa RM500 setan metrik, penanam kenaf mampu memperoleh pendapatan lumayan dengan hasil 15 tan metrik sehektar yang mampu membebaskan petani dari belenggu kemiskinan.
Katanya, hasil peningkatan projek kenaf, dua kilang memproses dibina sebagai memenuhi keperluan iaitu di Air Tawar, Pasir Puteh dan di Beris Lalang, Bachok yang membabitkan peserta projek Diraja Kelantan.
“Kilang yang memuatkan mesin bernilai RM600,000 hasil kepakaran pegawai LTN menerusi teknik inovatif berjaya memproses sepuluh tan metrik kenaf sehari dalam masa lapan jam bekerja.
“Hasil kenaf yang diproses di Tok Bali dan Beris lalang ini dieksport ke Jerman dan Korea untuk keperluan pembuatan automotif, pembuatan perabot dan alat elektrik,” katanya.
Menurutnya, apa yang pasti penanam kenaf mula yakin dengan prospek tanaman tersebut dan peningkatan harga dari RM300 kepada RM500 setan metrik memberi jaminan bahawa pendapatan petani akan meningkat.
Tambahan lagi, katanya, Pelan Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang membabitkan pelaburan RM112 billion dalam tempoh 12 tahun, yang turut menjadikan tanaman kenaf sebagai satu daripada sektor pertanian yang akan dibangunkan, dilihat mampu membantu dalam menangani ketidakseimbangan ekonomi di wilayah berkenaan.
Lawatan ke Ladang Penanaman Kenaf di Beris Lalang Bachok Kelantan
Pihak kami dibawa melawat ke ladang kenaf yang terletak disebelah kilang pemperosesan kenaf fiber. Pihak berkenaan memaklumkan bahawa penanaman kenaf dapat menggantikan penanaman tembakau yang telah diusahakan oleh penduduk tempatan sekian lama. Penanaman kenaf adalah cukup mudah dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Walaubagaimanapun ia memerlukan tanah dengan spesifikasi yang tertentu agar penghasilan kenaf sepanjang tahun.
Hasil lawatan penyelidikan ini, Pusat Penyelidikan Polimer UKM berjaya menjalinkan hubungan kerjasama penyelidikan dengan Syarikat Simphony Advanced bagi menghasilkan komposit polimer bagi kegunaan dalam industri pembuatan dan sebagainya.
Foto menunjukkan Prof. Dr. Ibrahim Abdullah menyampaikan cenderamata kepada Pengerusi Eksekutif Syarikat Symphony Advance Sdn. Bhd. Dr. Herman. Foto ketiga dan keempat menunjukkan PM Dr. Ishak dan Prof. Dr. Ibrahim berada di tapak penanaman kenaf.
Subscribe to:
Posts (Atom)